Monday, May 11, 2009

Kampungku di landa banjir.......

Tangal 13 April 09 (isnin) kampungku telah dilanda banjir.....sedih2....ms nih preparation tuk majlis kawen abg aku pd 19 April 09(ahad) sibuk dijalankan...tp apakan daya..kita hanya merancang..segalanya Allah yg menentukan....ms tuh bagun2 tdo tgk air da naik separuh betis..huhuhuuuu...da la de interview penting pg tuh.....


Nak xnak aku p gakla..aku pakse husband anta aku kuar harung air sampai la ke masjid coz kete terpakse park sane (sane je yg slamat)...anak mak jg jap..


Ari sabtu 18hb tuh air br nak mula surut,nak basuh n kemas umah balik mmg xsempat ar...terpaksela abah menyewe umah kt taman sebelah tuk wat majlis tuh...

Nih husband aku siap posing soh amek gambo dlm air...

Nihla abg aku yg kesian......pengantin banjir..hahahahha

Umah mak aku...kelape pon nak masuk gak dlm gambar....


Wednesday, May 6, 2009

Awasi Pengasuh Anak Anda..

Kisah yang aku forwardkan ni, tak der kena mengena ngan aku...cuma sebagai
iktibar untuk kita semua...

kena berhati2 la bila ader yang pernah mengalami pengalaman begini........


> Assalamualaikum kawan2.

Aku cuma nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 yg tak putus2 sms aku hari tu, korang memang best! Sekurang2nya sedih aku terubat juga, walaupun anak aku tetap pergi sana. Tarikh anak aku meninggal 23 Feb 2009 akan takkan aku lupakan. Anak baru 4 bulan beb...

Saja nak beri peringatan kpd kawan2 semua. SAYANGI ANAK-ANAK KORANG!!!!

tolonglah... Adatlah budak2, nakal dan degil tu normal. Tak normal kalau dia tak nakal. Nak ngajar biarlah bertempat, bukan balun semacam.

Ingat,

ajal maut tak siapa tau. Mana tau elok lepas korang balun budak tu, dia terus jatuh tangga ke, jatuh longkang ke sampai dia meninggal, kita mak bapak jugak yang meraung sbb dia pergi tgh2 kita marah.

Kalau hantar anak ke pengasuh/nursery, jgn percaya 100% yang anak korang akan dijaga dengan baik. Periksa latar belakang org yg jaga anak kita tu.

Ada sesetengah nursery guna buai lektrik, itu bahaya. Kenalan aku kt sarawak, anak dia tgh fight dgn maut sbb otak bengkak dek kerana buaian di nursery tu buai lektrik, dah di set supaya mengenjut tak berenti.

Penyudahnya tekanan pada otak sbb enjut berterusan. Baby tu mungkin lumpuh, mungkin buta, atau pekak, atau semua sekali. Member aku ni pun skrg meraung tak renti2. Umur anak dia sama macam arwah anak aku, 4 bulan. Aku minta korang cek kt mana hidung anak korang tiap kali tidur.

Anak aku meninggal sebab lemas hidung tertekup tilam di rumah pengasuh. Rasa dunia ni gelap gilerr. Tak dpt aku bayang betapa seksanya dia masa dia tercungap2 tak boleh bernafas, dibiarkan nangis sampai terputus nyawa!!!

Sedih sebab pengasuh anak aku buat tak tau masa dia menangis, buat remeh je. Pagi sblm hantar anak aku dia ok, petang dah jadi jenazah.

Umur 31 dah mandikan jenazah anak, sembahyangkan jenazah anak, masukkan anak sendiri dalam liang kubur!!!!! Tak tergambar hancurnya hati aku. Aku tak pernah sangka ini akan akan jadi.

Pesan aku pada korang, jangan ingat anak kecik yg nangis sikit2 tu perkara remeh. Nangis je pegi tengok. Nangis je pegilah tengok!!!!!! Takut korang tak sempat tengok dia hidup dah!!

DOA Dariku Untukmu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Anakku Nur Amni Nabihah...

Uih..lame sungguh aku xmengupdate blog nih..rajin msk blog org tp nak tulis blog sndr malehnyerrrr....utk sekian kalinyer aku nak cite psl anak aku nur amni nabihah...kt umah sume panggil nabihah..abg aku jer yg rajin nak pggl amni...bkn aku xnak pggl amni,tp kan.....sok2 klu ade rezki die dpt adik pompuan aku ingat nak namekan die ngan awalan nur amni gak..hik..hik...

Dilahirkan pada 16 Sept 2008 (hari malaysia nih) jam 4.45pm melalui 'tingkap' di Hospital Putrajaya...punyela aku menahan sakit lelame last2 kene ceaser gak akhirnyer ngan alasan doktor baby puan semakin lemah...huhuhu...ngan xnak ambik pape risiko atas baby aku nih aku pasrahla.....mase tu air mate da xterbendung da ble aku tau aku kene operate..oohhh tidak...!!!!

Sekarang anak aku da masuk 7 bln lbh da....diela penghibur kami sefamily...balik keje tgk muke die hilang sume penat...walaupun rutin harian ibu ni amat memenatkan,tp ibu akan cb wat yg terbaik tuk nabihah k...!!!moga nabihah menjadi anak yang solehah,mendengar kate,hormat orang tua dan bijak dari segi rohani & tarbiah. Amin....



Nabihah Baru Lahir



Nabihah Sebulan



Nabihah 2 bulan



Nabihah 3 bulan



Nabihah 4 bulan



Nabihah 5 bulan



Nabihah 6 bulan



Nabihah 7 bulan



We ar happy...hehehe